Monday, February 13, 2012

PERSOALAN DIMENSI DAN ANALISIS KETIDAKSAMAAN SOSIAL

PERSOALAN DIMENSI DAN ANALISIS KETIDAKSAMAAN SOSIAL

KELAS

- Ketidaksamaan kelas dilihat sebagai pembentukan strata-strata atau kedudukan-kedudukan ekonomi yang tidak sama rata di kalangan anggota masyarakat
- Diakibatkan oleh pemilikan-pemilikan kekayaan, pekerjaan dan pendapatan berbeza
- Faktor ekonomi adalah paling asas dalam pembentukan struktur-struktur ketidaksamaan dalam masyarakat moden.
- Ketidaksamaan ekonomi atau kelas dianggap sebagai satu pembentukan sosial selepas berlakunya Revolusi Industri di Barat.
- Revolusi Industri di percayai telah menghasilkan masyarakat moden berteraskan ekonomi perindustrian yang mengutamakan penggunaan sains dan teknologi dalam proses pengeluaran dan perkhidmatan.
- Kewujudan dan kepentingan kelas sebagai sumber, diakui oleh Karl Marx dan Max Weber.
- Mereka mengemukakan kefahaman yang agak berbeza.
- Mereka juga mempunyai pendapat yang berbeza tentang bilangan sebenar kelas yang terbentuk, keunggulan faktor ini berbanding dengan faktor-faktor kuasa dan status, dan tentang pola hubungan yang terbentuk antara ketiga-tiga faktor tersebut.


Konsep Kelas Karl Marx

- Bagi Karl Marx, kedudukan kelas ditentukan hubungan kelompok-kelompok manusia dengan faktor-faktor pengeluaran.
- Kedudukan kelas merujuk pemilikan manusia ke atas alat-alat pengeluaran ekanomi, seperti tanah, jentera, bagunan, modal kewangan dan tenaga buruh.
- Bagi Karl Marx pemilikan faktor-faktor pengeluaran merupakan pemilikan harta sebenar dan mempengaruhi perbezaan taraf hidup dan hubungan antara individu antara kelompok sosial dalam masyarakat.
- Beliau melihat masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama kelas ekonomi:
- Pertama ialah kelas atasan yang memiliki alat-alat pengeluaran
- Keduanya ialah kelas bawahan yang tidak memiliki alat-alat pengeluaran
- Bagi Karl Marx, pembahagian masyarakat adalah suatu fenomena sosial yang paling asas.
- Menurut teori kelas ini, pertentangan di antara kelas-kelas atasan dan bawahan mencapai tahap kemuncak di bawah sistem ekonomi kapatalis, dengan pembentukan kelas-kelas pemodal (bourgeoisie) dan pekerja (proletariat).
- Kelas pemodal atau kapitalis menguasai pemilikan alat-alat pengeluaran.
- Kelas pekerja ditindas dan dipaksa berkerja sebagai buruh.
- Pemodal dikatakan menindas dan dikatakan kelas pekerja menjual tenaga buruh mereka bagi mendapatkan gaji.
- Karl Marx, tidak menafikan kewujudan kelas-kelas perantaraan, akibat proses persaingan ekonomi yang berterusan di kalangan kapitalis-kapitalis lama-kelamaan kelas-kelas perantaraan akan terhapus.
- Hubungan ekonomi di antara kelas pemodal dan kelas pekerja di percayai oleh Karl Marx sebagai suatu hubungan penindasan.
- Menurut teori kelas Marx, pembentukan kelas bergantung kepada kewujudan kesedaran kelas.
- Pembentukan kelas hanya terjadi apabila wujud kesedaran kelas di kalangan anggota yang memiliki kedudukan dan kepentingan ekonomi yang sama.
- Kesedaran kelas, proses pembentukan kelas sosial di mana anggota sesuatu kelas telah menyedari akan kesamaan yang dikongsi bersama dari segi kedudukan, kepentingan ekonomi dan peluang-peluang hidup.
- Kesedaran kelas juga merangkumi kesedaran terhaadap keperluan mereka bertindak secara kolektif untuk mengubah mempertahankan kedudukan atau hubungan di antara kelas yang tersedia ada.
- Karl Marx menggunakan istilah class-in-itself bagi kelas ekonomi yang belum memiliki kesedaran kelas dan kelas class-for-itself bagi kelas yang sebenar, iaitu kelas yang mempunyai kesedaran di kalangan anggotanya.
- Pembentukan kelas pekerja akan mencapai tahap kesedaran kelas wujud, kelas pekerja menetang dan menggulingkan kelas pemerintah.
- Pemberontakan kelas pekerja dipercayai akan mewujudkan masyarakat tanpa kelas berasaskan sistem ekonomi komunisme


Konsep Kelas Max Weber

- Melihat kelas sebagai satu fenomena ekonomi
- Terdapat berbagai faktor atau sumber berharga yang boleh dimiliki atau dikuasai oleh manusia.
- Weber cuba mengaitkan pemilikan kekayaan atau sumber pengeluaran dengan ekonomi pasaran.
- Beliau menghuraikan pembentukan dan maksud kelas mengunakan dua konsep iaitu situasi kelas dan situasi pasaran.
- Situasi kelas – bergantung kepada situasi pasaran yang dimiliki oleh seseorang anggota masyarakat.
- Situasi pasaran merujuk kepada sumber-sumber berharga yang dimiliki dan yang boleh dipasarkan oleh seseorang individu dalam pasaran ekonomi yang terdiri daripada pasaran komoditi dan pasaran perkhidmatan atau buruh.
- Situasi-situasi kelas yang berbeza wujud akibat perbezaan pemilikan, atau kawalan yang dimiliki oleh individu ke atas berbagai sumber berharga yang boleh ditawarkan di pasaran-pasaran ekonomi.
- Mengenai pembahagian kelas, Weber berpendapat pembentukan kelas-kelas sosial yang berbeza dalam masyarakat adalah dipengaruhi oleh kedudukan-kedudukan kelas yang dimiliki oleh individu.
- Beliau melihat pembentukan tiga kelas sosial utama, kelas pekerja ikhtisas, kelas pemilik harta, kelas pekerja.
- Weber tidak bersetuju dengan idea Marx megenai pola penghapusan kelas perantaraan ini.


KUASA


- Kuasa dilihat sebagai keupayaan seseorang, sebilangan orang atau sesuatu kelompok sosial untuk mempengaruhi atau mengawal tingkah laku orang lain dalam mencapai matlamat tertentu.
- Hanya berlaku dalam hubungan-hubungan sosial antara manusia
- Kuasa merupakan peluang yang dimiliki seseorang atau segolongan manusia mencapai matlamat mereka meskipun terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada pihak orang lain.
- Kuasa boleh wujud atau dilaksanakan dalam semua hubungan sosial, samada secara formal atau secara tidak formal.
- Weber membezakan dua cara atau bentuk pelaksanaan kuasa.
- Pertamanya ialah kuasa kewibawaan, dianggap sebagai kuasa yang sah dari segi undang-undang.
- Keduanya ialah kuasa paksaan, tidak diterima sebagai kuasa yang sah oleh pihak yang terpaksa tunduk kepada mereka yang berkuasa.
- Apabila sesuatu hubungan sosial dilihat sebagai hubungan kuasa, wujud individu atau golongan yang mempunyai kuasa dan tidak memiliki kuasa.
- Agihan kuasa menjadi tidak sama rata.
- Pengagihan kuasa yang tidak sama rata tidak dapat dielakkan.
- Ketidaksaman sosial tidak mungkin dapat dielakkan.
- Mengenai kewujudan dimensi ketidaksamaan kuasa, kewujudan pelbagai negara seperti demokrasi, sosialis, komunis, republik, monarki, oligarki, aristrokrasi, sistem parlimen, kerajaan berperlembagaan beraja dan lain-lain adalah mencerminkan kepelbagaian dalam cara bagaimana kuasa memerintah diagihkan dalam sesebuah masyarakat atau negara.
- Perbincangan tentang pembentukan golongan berkuasa, elit kuasa atau pemerintahan telahpun dikemukakan oleh Vilfredo Pareto dan Gaetano Mosca.
- Bagi Pareto dan Mosca, kemunculan kumpulan elit berkuasa dalam masyarakat disebabkan oleh kelebihan ciri-ciri peribadi di kalangan sesetengah orang, seperi bakat keupayaan mengorganisasi, kepintaran dan kecerdasan
- Bagi Max Weber kumpulan elit yang penting dalam masyarakat industri moden ialah kumpulan birokrat.
- Webber berpendapat mana-mana masyarakat wujud kumpulan berkuasa, panggil sebagai parti (party).
- Parti terdiri daripada apa jua kumpulan sosial yang berkuasa atau yang bertujuan memiliki kuasa untuk memperjuangkan kepentingan-kepentingan anggota kumpulan masing-masing dalam sesebuah masyarakat
- Menurut Bottomore, elit politik individu berkuasa pada bila-bila masa dalam masyarakat.
- Dihubungkaitkan dengan pemilikan atau penggunaan cara-cara ganas (means of violence).
- Terdapat juga pandangan berasaskan teori pluralisme yang cuba menafikan kewujudan ketidaksamaan kuasa.
- David Reismendan dan Arnold Rose berpendapat bahawa kuasa diagihkan secara seimbang antara pelbagai kumpulan yang bersaing dalam masyarakat.
- Setiap warganegara mempunyai kuasa untuk memilih atau menukar pemimpin dan kerajaan.
- Kumpulan yang bersaing cuba mendapatkan sokongan rakyat agar tidak ada satu kumpulan elit yang muncul untuk mendominasikan pihak lain.
- Ditujukan kepada masyarakat Amerika dianggap telah muncul sebagai sebuah masyarakat demokratik dengan mewujudkan imbangan kuasa antara pelbagai kumpulan berkepentingan dalam negara.


STATUS

- Status merujuk kepada martabat (prestige) atau penghormatan social (social honour) yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan dalam masyarakat.
- Merujuk kepada ketidaksamaan dalam agihan kedudukan martabat penghormatan sosial di kalangan anggota masyarakat
- Perbezaan kedudukan status adalah disebabkan oleh perbezaan-perbezaan perkerjaan, taraf kehidupan, peringkat umur, etnik, ras, agama, jantina, pemilikan kekayaan, gaya hidup, dan lain-lain yang dimiliki oleh manusia.
- Mungkin diwarisi melalui kelahiran seseorang dalam sesuatu kumpulan ras, agama, kasta, jantina, keluarga atau kelas sosial.
- Sesetengah kedudukan status pula diperoleh melalui usaha atau kemampuan diri.
- Pemberian atau penetapan status seseorang atau kumpulan hanyalah suatu anggapan yang ditentukan secara penilaian subjektif.
- Idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang atau dikongsi bersama menjadi asas kepada penilaian subjektif maka status sebenarnya wujud sebagai satu kesedaran.
- Iaitu kesedaran tentang perbezaan kedudukan .
- Menurut Max Weber, individu-individu yang memiliki kedudukan atau situasi status yang sama dalam sesuatu komuniti akan cenderung mengakibatkan pembentukan kumpulan status.
- Weber mengemukakan kumpulan-kumpulan kasta dalam masyarakat India sebagai contoh kumpulan-kumpulan status yang ketara.
- Kumpulan kasta disusuntarafkan mengikut faktor penghormatan sosial
- Perbezaan status yang ketara antara kumpulan social menjadi penghalang kepada interaksi dan pembentukan hubungan sosial antara anggota kumpulan status yang berbeza.
- Sebaliknya, kesamaan dari segi penghormatan mendorong anggota kumpulan status mewujudkan hubungan-hubungan sosial sesama
mereka.

AGEN SEKUNDER DAN AGEN UTAMA SOSIALISASI

Identiti atau personaliti individu atau masyarakat dibentuk melalui nilai, norma, adat, kebudayaan, bahasa yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Individu dan masyarakat perlu disosialisasikan disebabkan tingkah laku manusia adalah berbeza-beza daripada tingkah laku makhluk lain. Makhluk lain lahir dengan naluri genetik atau baka sedangkan manusia lahir dengan naluri genetik atau baka tidak lengkap. Kekosongan atau naluri genetik yang tidak dilengkap harus diisi oleh kebudayaan masyarakat.
Contohnya makhluk lain bila lapar makan, tetapi manusia diatur oleh nilai, norma, budaya masyarakat dimana makan yang disesuaikan oleh budaya seperti membasuh tangan sebelum makan, berdoa, duduk, makan dengan menggunakan tangan atau alat-alatan tertentu. Ia juga dimengertikan dengan penanaman atau pemindahan kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan dan bertindak.

Sosialisasi adalah proses bagaimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan nilai, norma dan peranan sosial. Seseorang yang belum disosialisasikan adalah sukar untuk berinteraksi dengan orang lain. Sosialisasi juga merupakan teori mengenai peranan. Ini disebabkan dalam proses sosialisasi diajar peranan-peranan yang harus dijalankan oleh individu.Sosialisasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iatu sosialisasi utama(primer) dan sosialisasi sekunder. Sosialisasi merupakan proses yang terus terjadi selama hidup kita.

Agen sosialisasi Utama

Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memegang peranan sosial yang wajar dalam masyarakat. Contohnya dalam bekerjasama, persaingan, kasih sayang dan sebagainya.
Keluarga merupakan agen sosialisasi yang banyak memberi kesan kepada perkembangan diri kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan agen-agen sosialisasi yang lain, ibu bapa mempunyai peranan yang penting bagi mengajar anak-anak memegang peranan sosial yang wajar di dalam sesebuah masyarakat. Di antara perkara-perkara yang dipelajari daripada ibu bapa ialah mengenai kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau bersenang hati dan ketegangan. Terdapat satu golongan ahli sains sosial yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada waktu mereka dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis bersih (tabula rasa). Ini bermakna, pada waktu dia dilahirkan, kanak-kanak tersebut tidak jahat dan juga tidak baik. Apa yang menentukan pembentukan personaliti bergantung kepada faktor persekitaran. Keluarga atau ibu bapa sebagai kelompok utama memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti tersebut. Agama Islam sendiri ada mengatakan bahawa terpulanglah kepada ibu bapa untuk menasranikan anak-anak mereka. Dalam usia yang begitu muda di mana kebanyakan proses interaksi berlaku di rumah, ibu bapa menjadi model utama dan ulung yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak.
Ahli-ahli sosiologi dan psikologi semenjak beberapa dekad yang lampau telah banyak menjalankan kajian mengenai cara ibu bapa mengasuh-didik anak-anak mereka dan apakah kesannya terhadap pembentukan personaliti. Banyak tumpuan yang telah diberikan mengenai cara ibu bapa memberi makanan kepada anak-anak, bila anak-anak bercerai susu, amalan penyusuan ibu dibandingkan dengan penyusuan botol, bila anak-anak dilatih tentang pengawalan najis, pola tidur dan sebagainya. Segala amalan mengasuh-didik anak-anak membayangkan tentang sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Terdapat tiga kaedah mengasuh-didik anak yang telah dikenal pasti oleh ahli sosiologi. Kaedah pertama ialah di mana ibu bapa bersifat garang terhadap anak-anak. Mereka mengamalkan falsafah “anak itu hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh didengar”. Hasil daripada kajian mengenai keluarga autoritarian ini menunjukkan anak menjadi pasif, tidak ada inisiatif, submisif, tidak mahu bekerjasama dan takut mengeluarkan pendapat.
Kaedah laissez-faire adalah bertentangan dengan kaedah autoritarian. Dalam hal ini, ibu bapa terlalu berlembut dengan anak-anak, segala kemahuan anak dituruti dan disiplin terlalu longgar seperti memberikan kebebasan mutlak kepada anak-anak. Akibatnya, anak-anak tidak menghormati orang tua dan tidak mempunyai perasaan tanggungjawab. Ibu bapa yang mengamalkan kaedah sederhana atau demokratik selalu melibatkan anak-anak mereka berbincang dalam masalah keluarga. Mereka bersikap lembut tetapi tegas dan banyak memberi bimbingan. Disiplin anak-anak tidaklah bergantung kepada kuasa fizikal tetapi lebih kepada taakulan. Sekiranya anak-anak membuat kesilapan, mereka akan diberitahu kenapa mereka didenda. Anak-anak daripada keluarga demokratik telah didapati menunjukkan ciri-ciri inisiatif, bersopan santun, yakin kepada kebolehan diri sendiri di samping menunjukkan sifat-sifat lain yang positif. Selain daripada kaedah mengasuh-didik anak, ahli sosiologi juga berminat mengenai kesan keluarga seorang ibu bapa terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak. Misalnya, apakah pembentukan personaliti bagi anak-anak yang dibesarkan oleh ibunya sahaja dan bapanya sahaja ataupun orang ketiga seperti ibu saudara atau nenek sendiri. Ahli sosiologi juga berminat tentang kesan terhadap anak lelaki yang dipelihara oleh hanya ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia, telah bercerai dengan ibunya telah dimasukkan ke dalam penjara. Dalam aspek pemeliharaan anak, banyak tumpuan diberikan kepada peranan ibu sebagai orang yang sering memberikan kasih sayang atau kemesraan terhadap anak-anak. Peranan bapa dalam proses sosialisasi tidak banyak diberi perhatian pada masa yang lalu. Aliran semasa menunjukkan peranan bapa tidak kurang pentingnya dalam proses sosialisasi ini. Bapa moden bukan sahaja mahu memberikan susu kepada anak-anak tetapi juga boleh menyalin kain lampin anak-anak atau memandikan mereka.
Adik-beradik dalam sebuah keluarga juga memainkan peranan dalam proses sosialisasi. Penemuan daripada kajian menunjukkan bilangan anak dalam sebuah keluarga mempengaruhi cara interaksi dan disiplin yang dikenakan oleh ibu-bapa terhadap anak-anak. Misalnya, kajian ada menunjukkan bahawa dalam keluarga besar, anak-anak diberi tugas-tugas tertentu untuk membantu ibu bapa manakala dalam keluarga kecil pula anak-anak lebih dimanjakan dan tidak diberikan tugas membantu beban kerja di rumah. Secara keseluruhan, ahli-ahli dalam keluarga merupakan orang yang berpengaruh dalam pembentukan perkembangan sosial dan konsep kendiri kanak-kanak. Istilah orang lain yang disignifikan yang telah diperkenalkan oleh Harry Stack Sullivan ditujukan kepada mereka yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Ahli-ahli dalam keluarga iaitu ayah, ibu, abang, kakak dan adik adalah orang-orang yang paling signifikan dalam kehidupan seseorang. Dalam interaksi harian dengan ahli-ahli keluarga, seseorang itu akan mempunyai sikap, nilai dan pandangan hidup yang sama dengan ahli-ahli lain dalam keluarganya.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ibu bapa mensosialisasikan anak berdasarkan jantina, kelas, ras dan kebudayaan. Bagi anak-anak yang masih dalam peringkat awal kehidupan dimana ibu bapa akan melayan anak mereka berbeza dari peringkat umur dewasa. Bagi anak perempuan ibu bapa akan memilih warna pakaian mungkin akan dipilih dari warna merah jambu, dengan warna yang lembut, memberikan mereka permainan anak patung, bermain masak-masak dan bila sudah membesar akan diajar untuk membantu kerja-kerja ibu di rumah. Manakala bagi anak lelaki pula, pemilihan warna bagi mereka boleh diberi berdasarkan warna terang seperti warna biru. Dimana anak lelaki akan diajar untuk bersifat berani, gagah, lasak dan sebagainya. Anak lelaki akan lebih cenderung untuk bermain tembak-tembak, bermain dengan pistol, lori dan kereta mainan. Bila sudah meningkat menjadi remaja akan cenderung untuk menolong ayah dengan melakukan kerja-kerja yang lebih berat dari anak perempuan.
Bagi contoh perbezaan tugas seorang petani berdasarkan jantina adalah, dimana lelaki anak bertugas untuk membajak tanah bendang manakala kaum wanita akan menyemai padi. Disini kita boleh melihat bahawa pembahagian tugas ini adalah lebih jelas.

Rakan Sebaya
Rakan sebaya juga merupakan agen sosialisasi utama. Walaupun pengaruh keluarga sangat kuat dalam kehidupan kanak-kanak, lama-kelamaan pengaruh tersebut semakin berkurangan apabila kanak-kanak sudah cukup besar untuk mempunyai rakan-rakannya sendiri. Kumpulan rakan sebaya terdiri daripada mereka yang sebaya dengan kanak-kanak dan kebanyakannya daripada status sosial yang sama. Berlainan dengan keluarga, kumpulan rakan sebaya tidak berniat untuk mensosialisasikan kanak-kanak. Tujuan utamanya ialah rekreasi. Namun demikian, fungsi sosialisasi yang tersembunyi yang ada pada rakan sebaya adalah agak penting. Pengaruh rakan sebaya sangat ketara pada peringkat remaja. Kadangkala ahli-ahli dalam clique atau geng mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan. Akibatnya, remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala harapan rakan sebaya supaya dia disanjungi oleh kumpulannya. Ramai ahli sosiologi mengatakan bahawa dalam masyarakat moden, kumpulan rakan sebaya telah menjadi agen sosial yang terpenting. Dalam masyarakat tradisional, pola kebudayaan yang stabil menjadi garis panduan kepada tingkah laku. Pembentukan personaliti banyak bergantung kepada tradisi masyarakat yang ada di sekeliling kanak-kanak. Gejala ini agak berlainan dalam masyarakat moden di mana pembentukan personaliti banyak bergantung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja merasakan dirinya perlu diterima oleh kumpulan rakan sebaya, remaja perlu akur atau patuh kepada nilai rakan sebaya. Kadangkala, norma dan nilai tersebut bertentangan dengan norma dan nilai keluarga atau tradisi dan ini akan merupakan bibit-bibit konflik antara golongan muda dan tua.
Jurang generasi semakin meningkat dalam negara moden seperti Amerika Syarikat. Apabila seseorang itu mencapai peringkat remaja, kumpulan rakan sebaya membuat tuntutan terhadapnya supaya berfikir dan berkelakuan yang bercanggah dengan norma generasi tua. Banyak kebudayaan kaum muda muncul seperti bentuk seni baru, peraturan seks yang tidak ketat, cara berpakaian ala moden, pelbagai stail rambut ala punk, cuba berjinak dengan dadah dan banyak lagi tingkah laku lencong yang sukar diterima oleh orang tua. Biasanya, nilai dan harapan ibu bapa dibangkang secara terus terang. Protes dan pemberontakan tersebut pada pandangan kaum muda adalah untuk menunjukkan mereka tidak lagi bergantung kepada orang dewasa. Tujuannya ialah untuk mempunyai konsep kendiri yang tersendiri.
Rakan sebayalah yang mempengaruhi cara bermain, bergaul dan tingkah laku remaja banyak terbentuk dari rakan sebaya. Sehingga kepada dewasa membawa kepada pembentukan clique atau gang dimana nilai, kod dan etika dalam clique atau gang akan diterima pakai oleh rakan sebaya. Nilai, kod dan etika yang dipengaruhi oleh rakan sebaya ini kadang kala bertentangan dengan nilai norma keluarga atau nilai norma masyarakat tempatan. Ini boleh membawa kepada pertembungan nilai, kod dan etika.

Kumpulan Sekunder

Kebanyakan daripada proses sosialisasi yang disengajakan terletak kepada beberapa organisasi birokratik. Agen sekunder iaitu Sekolah merupakan agen sosialisasi yang disengajakan. Secara amnya, sekolah berfungsi untuk menyalurkan norma dan nilai masyarakat kepada anak-anak muda. Dalam proses persekolahan, anak-anak muda yang melalui sistem pendidikan dalam jangka masa tertentu dijangka mempelajari beberapa ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pandangan tertentu terhadap masyarakat. Tetapi, sepertimana yang ditunjuk oleh perangkaan mengenai mereka yang cicir sekolah dan ada pula yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen, menunjukkan bahawa sekolah tidak mencapai kejayaan sepenuhnya dalam tugas ini. Terdapat beberapa fungsi sosialisasi yang nyata bagi sekolah. Dimana didalam sekolah ini terdapat kumpulan rakan sebaya yang besar di mana mereka sering berinteraksi antara satu sama lain hampir separuh masa mereka dalam satu hari. Dalam interaksi ini akan ada pelbagai nilai, norma dan etika yang akan membawa kepada percampuran. Dimana seseorang itu boleh ditolak atau diterima oleh kumpulan remaja tertentu.
Kedua, sekolah meluaskan lagi golongan orang lain yang signifikan iaitu selain daripada rakan sebaya termasuk juga guru. Seperti dengan ibu bapa, guru mempunyai autoriti terhadap kanak-kanak, mengajar sesuatu kepada kanak-kanak dan juga dijangka mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan murid. Oleh yang demikian, guru boleh menjadi model peranan yang sangat berpengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Misalnya, banyak bukti yang menunjukkan betapa kuatnya pengaruh guru dalam pemilihan perguruan sebagai kerjaya seseorang. Murid yang meminati sesuatu mata pelajaran atau membenci mata pelajaran lain banyak dipengaruhi oleh guru. Ataupun, banyak kajian yang telah dibuat di Barat yang menunjukkan kesan negatif terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa. Kebanyakan guru sekolah rendah terdiri daripada kaum wanita dan sekiranya kanak-kanak tadi datang dari keluarga yang tidak mempunyai bapa, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai model lelaki yang boleh dicontohi. Akibatnya, kanak-kanak tersebut menjadi murid yang bermasalah di sekolah, seperti tidak mahu mematuhi arahan guru dan mematuhi peraturan sekolah.
Ketiga, sekolah bertanggungjawab menyalurkan kebudayaan masyarakat, sejarah masyarakat tersebut, bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian, gedung ilmu yang sedia ada di samping menyampaikan norma-norma masyarakat berkenaan. Pembelajaran perkembangan sejarah tanah air bertujuan untuk menyemaikan semangat patriotisme atau ketaatan kepada negara di samping memahami keadaan semasa melalui peristiwa-peristiwa lampau. Bahasa merupakan alat komunikasi di antara manusia, dan kemahiran berinteraksi banyak bergantung kepada penguasaan bahasa. Begitulah pelbagai bentuk ilmu, seperti ilmu empirikal atau estetik boleh membantu perkembangan individu yang seimbang dan boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Aspek moral atau efektif tidak juga diabaikan.
Akhir sekali, sekolah merupakan tempat kanak-kanak mempelajari tentang mekanisme kawalan institusi. Nilai-nilai sarwajagat yang dipelajari dalam kelas termasuklah beratur , berasingan, tepat waktu atau tidak lewat dan patuh kepada peraturan. Segala kemahiran yang diperolehi di sekolah menyediakan kanak-kanak kepada organisasi lain yang formal yang akan ditempuhi setelah kanak-kanak meningkat dewasa. Sekolah dianggap sebagi sebuah institusi sosial yang cuba menyalurkan nilai-nilai kelas pertengahan. Sudah menjadi tugas guru menyalurkan nilai-nilai tersebut tidak kira sama ada guru tersebut berasal dari latar belakang pertengahan atau tidak. Profesion perguruan adalah profesion kelas pertengahan. Biasanya, guru perlu menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan oleh masyarakat.
Sebaliknya pula, murid-murid datang dari latar belakang yang berbagai-bagai. Kebanyakan sekolah mempunyai murid-murid yang berasal dari kelas bawahan. Selain itu, mereka juga mungkin datang dari keluarga yang berpecah belah, atau ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran atau keperluan asas kanak-kanak. Kanak-kanak seperti ini seolah-olah dipaksa bersekolah kerana bagi sesetengah ibu bapa sekolah berfungsi untuk menjaga anak-anak mereka selama lima hingga ke enam jam sehari. Kanak-kanak seperti ini dilihat oleh guru sebagai seorang murid yang lemah, tidak berminat belajar, suka mengacau kelicinan atau ketenteraman pelajaran dan sebagainya. Norma yang dipegang oleh kanak-kanak malang seperti ini bertentangan dengan norma sekolah. Akibatnya, sekolah menjadi medan konflik nilai diantara guru dan murid. Murid-murid yang tidak menghayati nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat melihat sebagai sekolah tempat yang menyeksa aktiviti mereka dan jarang sekali mereka mencapai kejayaan. Di kalangan pelejar-pelajar sendiri terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri yang wujud secara tidak formal. Kebudayaan pelajar wujud di kalangan clique atau geng mereka. Mereka membentuk cara tersendiri bagai mengelakkan diri daripada dihukum, memberi nama “khas” kepada guru atau murid tertentu atau memandang rendah kepada murid yang lebih bijak atau rajin daripada mereka.

Media Massa
Media massa memberi kesan yang kuat dalam proses sosialisasi, di mana melaluinya kanak-kanak belajar melalui model-model peranan, mengajar tingkah laku dan sikap yang ‘betul’ di samping meluaskan pandangan kanak-kanak. Sejak kebelakangan ini, media yang paling mempengaruhi proses ini ialah televisyen. Televisyen telah menjadi agen sosialisasi yang signifikan, tetapi kontroversial. Banyak pro dan kontranya mengenai kesan televisyen terhadap perkembangan kanak-kanak. Kajian yang penah dibuat di Barat menunjukkan kanak-kanak menghabiskan masa sebanyak tiga hingga ke empat jam sehari di hadapan kaca televisyen. Ini bermakna sebanyak satu perenam daripada waktu jaga mereka adalah di hadapan peti televisyen. Rancangan-rancangan yang memaparkan keganasan juga telah didapati memberi kesan kepada tingkah laku agresif di kalangan kanak-kanak. Pengkritik-pengkritik televisyen melontarkan pendapat mereka bahawa televisyen mengurangkan minat mereka terhadap bacaan, ia merupakan aktiviti yang membazir waktu dan memberikan model-model yang buruk untuk dicontohi. Oleh sebab itulah negara yang banyak mengimport rancangan televisyen dari Barat perlu berhati-hati memilih rancangan yang boleh membawa kepada pemikiran sihat dan positif. Pada pihak yang lain pula, terdapat ahli sosiologi yang melihat kepada kesan baik televisyen. Ia dikatakan boleh meluaskan pandangan kanak-kanak melalui peranan-peranan yang mungkin tidak wujud dalam persekitaran mereka. Televisyen juga memberi berbagai-bagai idea dan aktiviti kepada kanak-kanak. Rancangan kanak-kanak yang disusun baik dapat memperbaiki konsep kendiri dan kemahiran intelektual kanak-kanak.
Terdapat dua pemikiran mengenai sama ada televisyen menggalakkan tingkah laku agresif dan langsang. Satu pendapat yang memegang kepada hipotesis catharsis menyokong rancangan-rancangan yang bercorak ganas kerana ia dikatakan dapat melepaskan tindakan desakan agresif individu. Dengan kata lain, televisyen dapat mengurangkan tingkah laku agresif. Pendapat yang kedua pula berpegang kepada hipotesis moden iaitu kanak-kanak akan cuba melakukan apa yang telah dilihat. Banyak eksperimen yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak dan penemuannya menyokong teori yang kedua tadi. Soalnya di sini ialah kenapa ibu bapa merasa televisyen membawa keburukan daripada kebaikan kepada kanak-kanak? Mungkin satu jawapan yang mudah ialah ibu bapa perlu mengawal rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak mereka. Nampaknya terdapat ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka daripada menonton televisyen manakala di pihak yang lain pula terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang rancangan yang diminati oleh anak-anak kerana mereka sendiri gemar menonton rancangan yang bercorak ganas.

Agen Sekunder & Agen Utama Sosialisasi

Identiti atau personaliti individu atau masyarakat dibentuk melalui nilai, norma, adat, kebudayaan, bahasa yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Individu dan masyarakat perlu disosialisasikan disebabkan tingkah laku manusia adalah berbeza-beza daripada tingkah laku makhluk lain. Makhluk lain lahir dengan naluri genetik atau baka sedangkan manusia lahir dengan naluri genetik atau baka tidak lengkap. Kekosongan atau naluri genetik yang tidak dilengkap harus diisi oleh kebudayaan masyarakat.Contohnya makhluk lain bila lapar makan, tetapi manusia diatur oleh nilai, norma, budaya masyarakat dimana makan yang disesuaikan oleh budaya seperti membasuh tangan sebelum makan, berdoa, duduk, makan dengan menggunakan tangan atau alat-alatan tertentu. Ia juga dimengertikan dengan penanaman atau pemindahan kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan dan bertindak.

Sosialisasi adalah proses bagaimana manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan nilai, norma dan peranan sosial. Seseorang yang belum disosialisasikan adalah sukar untuk berinteraksi dengan orang lain. Sosialisasi juga merupakan teori mengenai peranan. Ini disebabkan dalam proses sosialisasi diajar peranan-peranan yang harus dijalankan oleh individu.Sosialisasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iatu sosialisasi utama(primer) dan sosialisasi sekunder. Sosialisasi merupakan proses yang terus terjadi selama hidup kita.

Agen sosialisasi Utama
Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memegang peranan sosial yang wajar dalam masyarakat. Contohnya dalam bekerjasama, persaingan, kasih sayang dan sebagainya. Keluarga merupakan agen sosialisasi yang banyak memberi kesan kepada perkembangan diri kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan agen-agen sosialisasi yang lain, ibu bapa mempunyai peranan yang penting bagi mengajar anak-anak memegang peranan sosial yang wajar di dalam sesebuah masyarakat. Di antara perkara-perkara yang dipelajari daripada ibu bapa ialah mengenai kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau bersenang hati dan ketegangan. Terdapat satu golongan ahli sains sosial yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada waktu mereka dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis bersih (tabula rasa). Ini bermakna, pada waktu dia dilahirkan, kanak-kanak tersebut tidak jahat dan juga tidak baik. Apa yang menentukan pembentukan personaliti bergantung kepada faktor persekitaran. Keluarga atau ibu bapa sebagai kelompok utama memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti tersebut. Agama Islam sendiri ada mengatakan bahawa terpulanglah kepada ibu bapa untuk menasranikan anak-anak mereka. Dalam usia yang begitu muda di mana kebanyakan proses interaksi berlaku di rumah, ibu bapa menjadi model utama dan ulung yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak. Ahli-ahli sosiologi dan psikologi semenjak beberapa dekad yang lampau telah banyak menjalankan kajian mengenai cara ibu bapa mengasuh-didik anak-anak mereka dan apakah kesannya terhadap pembentukan personaliti. Banyak tumpuan yang telah diberikan mengenai cara ibu bapa memberi makanan kepada anak-anak, bila anak-anak bercerai susu, amalan penyusuan ibu dibandingkan dengan penyusuan botol, bila anak-anak dilatih tentang pengawalan najis, pola tidur dan sebagainya. Segala amalan mengasuh-didik anak-anak membayangkan tentang sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Terdapat tiga kaedah mengasuh-didik anak yang telah dikenal pasti oleh ahli sosiologi. Kaedah pertama ialah di mana ibu bapa bersifat garang terhadap anak-anak. Mereka mengamalkan falsafah “anak itu hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh didengar”. Hasil daripada kajian mengenai keluarga autoritarian ini menunjukkan anak menjadi pasif, tidak ada inisiatif, submisif, tidak mahu bekerjasama dan takut mengeluarkan pendapat.Kaedah laissez-faire adalah bertentangan dengan kaedah autoritarian. Dalam hal ini, ibu bapa terlalu berlembut dengan anak-anak, segala kemahuan anak dituruti dan disiplin terlalu longgar seperti memberikan kebebasan mutlak kepada anak-anak. Akibatnya, anak-anak tidak menghormati orang tua dan tidak mempunyai perasaan tanggungjawab. Ibu bapa yang mengamalkan kaedah sederhana atau demokratik selalu melibatkan anak-anak mereka berbincang dalam masalah keluarga. Mereka bersikap lembut tetapi tegas dan banyak memberi bimbingan. Disiplin anak-anak tidaklah bergantung kepada kuasa fizikal tetapi lebih kepada taakulan. Sekiranya anak-anak membuat kesilapan, mereka akan diberitahu kenapa mereka didenda. Anak-anak daripada keluarga demokratik telah didapati menunjukkan ciri-ciri inisiatif, bersopan santun, yakin kepada kebolehan diri sendiri di samping menunjukkan sifat-sifat lain yang positif. Selain daripada kaedah mengasuh-didik anak, ahli sosiologi juga berminat mengenai kesan keluarga seorang ibu bapa terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak. Misalnya, apakah pembentukan personaliti bagi anak-anak yang dibesarkan oleh ibunya sahaja dan bapanya sahaja ataupun orang ketiga seperti ibu saudara atau nenek sendiri. Ahli sosiologi juga berminat tentang kesan terhadap anak lelaki yang dipelihara oleh hanya ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia, telah bercerai dengan ibunya telah dimasukkan ke dalam penjara. Dalam aspek pemeliharaan anak, banyak tumpuan diberikan kepada peranan ibu sebagai orang yang sering memberikan kasih sayang atau kemesraan terhadap anak-anak. Peranan bapa dalam proses sosialisasi tidak banyak diberi perhatian pada masa yang lalu. Aliran semasa menunjukkan peranan bapa tidak kurang pentingnya dalam proses sosialisasi ini. Bapa moden bukan sahaja mahu memberikan susu kepada anak-anak tetapi juga boleh menyalin kain lampin anak-anak atau memandikan mereka.Adik-beradik dalam sebuah keluarga juga memainkan peranan dalam proses sosialisasi. Penemuan daripada kajian menunjukkan bilangan anak dalam sebuah keluarga mempengaruhi cara interaksi dan disiplin yang dikenakan oleh ibu-bapa terhadap anak-anak. Misalnya, kajian ada menunjukkan bahawa dalam keluarga besar, anak-anak diberi tugas-tugas tertentu untuk membantu ibu bapa manakala dalam keluarga kecil pula anak-anak lebih dimanjakan dan tidak diberikan tugas membantu beban kerja di rumah. Secara keseluruhan, ahli-ahli dalam keluarga merupakan orang yang berpengaruh dalam pembentukan perkembangan sosial dan konsep kendiri kanak-kanak. Istilah orang lain yang disignifikan yang telah diperkenalkan oleh Harry Stack Sullivan ditujukan kepada mereka yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Ahli-ahli dalam keluarga iaitu ayah, ibu, abang, kakak dan adik adalah orang-orang yang paling signifikan dalam kehidupan seseorang. Dalam interaksi harian dengan ahli-ahli keluarga, seseorang itu akan mempunyai sikap, nilai dan pandangan hidup yang sama dengan ahli-ahli lain dalam keluarganya.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ibu bapa mensosialisasikan anak berdasarkan jantina, kelas, ras dan kebudayaan. Bagi anak-anak yang masih dalam peringkat awal kehidupan dimana ibu bapa akan melayan anak mereka berbeza dari peringkat umur dewasa. Bagi anak perempuan ibu bapa akan memilih warna pakaian mungkin akan dipilih dari warna merah jambu, dengan warna yang lembut, memberikan mereka permainan anak patung, bermain masak-masak dan bila sudah membesar akan diajar untuk membantu kerja-kerja ibu di rumah. Manakala bagi anak lelaki pula, pemilihan warna bagi mereka boleh diberi berdasarkan warna terang seperti warna biru. Dimana anak lelaki akan diajar untuk bersifat berani, gagah, lasak dan sebagainya. Anak lelaki akan lebih cenderung untuk bermain tembak-tembak, bermain dengan pistol, lori dan kereta mainan. Bila sudah meningkat menjadi remaja akan cenderung untuk menolong ayah dengan melakukan kerja-kerja yang lebih berat dari anak perempuan.
Bagi contoh perbezaan tugas seorang petani berdasarkan jantina adalah, dimana lelaki anak bertugas untuk membajak tanah bendang manakala kaum wanita akan menyemai padi. Disini kita boleh melihat bahawa pembahagian tugas ini adalah lebih jelas.

Rakan Sebaya

Rakan sebaya juga merupakan agen sosialisasi utama. Walaupun pengaruh keluarga sangat kuat dalam kehidupan kanak-kanak, lama-kelamaan pengaruh tersebut semakin berkurangan apabila kanak-kanak sudah cukup besar untuk mempunyai rakan-rakannya sendiri. Kumpulan rakan sebaya terdiri daripada mereka yang sebaya dengan kanak-kanak dan kebanyakannya daripada status sosial yang sama. Berlainan dengan keluarga, kumpulan rakan sebaya tidak berniat untuk mensosialisasikan kanak-kanak. Tujuan utamanya ialah rekreasi. Namun demikian, fungsi sosialisasi yang tersembunyi yang ada pada rakan sebaya adalah agak penting. Pengaruh rakan sebaya sangat ketara pada peringkat remaja. Kadangkala ahli-ahli dalam clique atau geng mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan. Akibatnya, remaja cuba menghayati norma, nilai, kod dan segala harapan rakan sebaya supaya dia disanjungi oleh kumpulannya. Ramai ahli sosiologi mengatakan bahawa dalam masyarakat moden, kumpulan rakan sebaya telah menjadi agen sosial yang terpenting. Dalam masyarakat tradisional, pola kebudayaan yang stabil menjadi garis panduan kepada tingkah laku. Pembentukan personaliti banyak bergantung kepada tradisi masyarakat yang ada di sekeliling kanak-kanak. Gejala ini agak berlainan dalam masyarakat moden di mana pembentukan personaliti banyak bergantung kepada pengaruh rakan sebaya. Remaja merasakan dirinya perlu diterima oleh kumpulan rakan sebaya, remaja perlu akur atau patuh kepada nilai rakan sebaya. Kadangkala, norma dan nilai tersebut bertentangan dengan norma dan nilai keluarga atau tradisi dan ini akan merupakan bibit-bibit konflik antara golongan muda dan tua. Jurang generasi semakin meningkat dalam negara moden seperti Amerika Syarikat. Apabila seseorang itu mencapai peringkat remaja, kumpulan rakan sebaya membuat tuntutan terhadapnya supaya berfikir dan berkelakuan yang bercanggah dengan norma generasi tua. Banyak kebudayaan kaum muda muncul seperti bentuk seni baru, peraturan seks yang tidak ketat, cara berpakaian ala moden, pelbagai stail rambut ala punk, cuba berjinak dengan dadah dan banyak lagi tingkah laku lencong yang sukar diterima oleh orang tua. Biasanya, nilai dan harapan ibu bapa dibangkang secara terus terang. Protes dan pemberontakan tersebut pada pandangan kaum muda adalah untuk menunjukkan mereka tidak lagi bergantung kepada orang dewasa. Tujuannya ialah untuk mempunyai konsep kendiri yang tersendiri.
Rakan sebayalah yang mempengaruhi cara bermain, bergaul dan tingkah laku remaja banyak terbentuk dari rakan sebaya. Sehingga kepada dewasa membawa kepada pembentukan clique atau gang dimana nilai, kod dan etika dalam clique atau gang akan diterima pakai oleh rakan sebaya. Nilai, kod dan etika yang dipengaruhi oleh rakan sebaya ini kadang kala bertentangan dengan nilai norma keluarga atau nilai norma masyarakat tempatan. Ini boleh membawa kepada pertembungan nilai, kod dan etika.

Kumpulan Sekunder

Kebanyakan daripada proses sosialisasi yang disengajakan terletak kepada beberapa organisasi birokratik. Agen sekunder iaitu Sekolah merupakan agen sosialisasi yang disengajakan. Secara amnya, sekolah berfungsi untuk menyalurkan norma dan nilai masyarakat kepada anak-anak muda. Dalam proses persekolahan, anak-anak muda yang melalui sistem pendidikan dalam jangka masa tertentu dijangka mempelajari beberapa ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pandangan tertentu terhadap masyarakat. Tetapi, sepertimana yang ditunjuk oleh perangkaan mengenai mereka yang cicir sekolah dan ada pula yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen, menunjukkan bahawa sekolah tidak mencapai kejayaan sepenuhnya dalam tugas ini. Terdapat beberapa fungsi sosialisasi yang nyata bagi sekolah. Dimana didalam sekolah ini terdapat kumpulan rakan sebaya yang besar di mana mereka sering berinteraksi antara satu sama lain hampir separuh masa mereka dalam satu hari. Dalam interaksi ini akan ada pelbagai nilai, norma dan etika yang akan membawa kepada percampuran. Dimana seseorang itu boleh ditolak atau diterima oleh kumpulan remaja tertentu.

Kedua, sekolah meluaskan lagi golongan orang lain yang signifikan iaitu selain daripada rakan sebaya termasuk juga guru. Seperti dengan ibu bapa, guru mempunyai autoriti terhadap kanak-kanak, mengajar sesuatu kepada kanak-kanak dan juga dijangka mengambil berat tentang perkembangan dan kemajuan murid. Oleh yang demikian, guru boleh menjadi model peranan yang sangat berpengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Misalnya, banyak bukti yang menunjukkan betapa kuatnya pengaruh guru dalam pemilihan perguruan sebagai kerjaya seseorang. Murid yang meminati sesuatu mata pelajaran atau membenci mata pelajaran lain banyak dipengaruhi oleh guru. Ataupun, banyak kajian yang telah dibuat di Barat yang menunjukkan kesan negatif terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa. Kebanyakan guru sekolah rendah terdiri daripada kaum wanita dan sekiranya kanak-kanak tadi datang dari keluarga yang tidak mempunyai bapa, kanak-kanak tersebut tidak mempunyai model lelaki yang boleh dicontohi. Akibatnya, kanak-kanak tersebut menjadi murid yang bermasalah di sekolah, seperti tidak mahu mematuhi arahan guru dan mematuhi peraturan sekolah.

Ketiga, sekolah bertanggungjawab menyalurkan kebudayaan masyarakat, sejarah masyarakat tersebut, bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian, gedung ilmu yang sedia ada di samping menyampaikan norma-norma masyarakat berkenaan. Pembelajaran perkembangan sejarah tanah air bertujuan untuk menyemaikan semangat patriotisme atau ketaatan kepada negara di samping memahami keadaan semasa melalui peristiwa-peristiwa lampau. Bahasa merupakan alat komunikasi di antara manusia, dan kemahiran berinteraksi banyak bergantung kepada penguasaan bahasa. Begitulah pelbagai bentuk ilmu, seperti ilmu empirikal atau estetik boleh membantu perkembangan individu yang seimbang dan boleh digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Aspek moral atau efektif tidak juga diabaikan.

Akhir sekali, sekolah merupakan tempat kanak-kanak mempelajari tentang mekanisme kawalan institusi. Nilai-nilai sarwajagat yang dipelajari dalam kelas termasuklah beratur , berasingan, tepat waktu atau tidak lewat dan patuh kepada peraturan. Segala kemahiran yang diperolehi di sekolah menyediakan kanak-kanak kepada organisasi lain yang formal yang akan ditempuhi setelah kanak-kanak meningkat dewasa. Sekolah dianggap sebagi sebuah institusi sosial yang cuba menyalurkan nilai-nilai kelas pertengahan. Sudah menjadi tugas guru menyalurkan nilai-nilai tersebut tidak kira sama ada guru tersebut berasal dari latar belakang pertengahan atau tidak. Profesion perguruan adalah profesion kelas pertengahan. Biasanya, guru perlu menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan oleh masyarakat.

Sebaliknya pula, murid-murid datang dari latar belakang yang berbagai-bagai. Kebanyakan sekolah mempunyai murid-murid yang berasal dari kelas bawahan. Selain itu, mereka juga mungkin datang dari keluarga yang berpecah belah, atau ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran atau keperluan asas kanak-kanak. Kanak-kanak seperti ini seolah-olah dipaksa bersekolah kerana bagi sesetengah ibu bapa sekolah berfungsi untuk menjaga anak-anak mereka selama lima hingga ke enam jam sehari. Kanak-kanak seperti ini dilihat oleh guru sebagai seorang murid yang lemah, tidak berminat belajar, suka mengacau kelicinan atau ketenteraman pelajaran dan sebagainya. Norma yang dipegang oleh kanak-kanak malang seperti ini bertentangan dengan norma sekolah. Akibatnya, sekolah menjadi medan konflik nilai diantara guru dan murid. Murid-murid yang tidak menghayati nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat melihat sebagai sekolah tempat yang menyeksa aktiviti mereka dan jarang sekali mereka mencapai kejayaan. Di kalangan pelejar-pelajar sendiri terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri yang wujud secara tidak formal. Kebudayaan pelajar wujud di kalangan clique atau geng mereka. Mereka membentuk cara tersendiri bagai mengelakkan diri daripada dihukum, memberi nama “khas” kepada guru atau murid tertentu atau memandang rendah kepada murid yang lebih bijak atau rajin daripada mereka.

Media Massa
Media massa memberi kesan yang kuat dalam proses sosialisasi, di mana melaluinya kanak-kanak belajar melalui model-model peranan, mengajar tingkah laku dan sikap yang ‘betul’ di samping meluaskan pandangan kanak-kanak. Sejak kebelakangan ini, media yang paling mempengaruhi proses ini ialah televisyen. Televisyen telah menjadi agen sosialisasi yang signifikan, tetapi kontroversial. Banyak pro dan kontranya mengenai kesan televisyen terhadap perkembangan kanak-kanak. Kajian yang penah dibuat di Barat menunjukkan kanak-kanak menghabiskan masa sebanyak tiga hingga ke empat jam sehari di hadapan kaca televisyen. Ini bermakna sebanyak satu perenam daripada waktu jaga mereka adalah di hadapan peti televisyen. Rancangan-rancangan yang memaparkan keganasan juga telah didapati memberi kesan kepada tingkah laku agresif di kalangan kanak-kanak. Pengkritik-pengkritik televisyen melontarkan pendapat mereka bahawa televisyen mengurangkan minat mereka terhadap bacaan, ia merupakan aktiviti yang membazir waktu dan memberikan model-model yang buruk untuk dicontohi. Oleh sebab itulah negara yang banyak mengimport rancangan televisyen dari Barat perlu berhati-hati memilih rancangan yang boleh membawa kepada pemikiran sihat dan positif. Pada pihak yang lain pula, terdapat ahli sosiologi yang melihat kepada kesan baik televisyen. Ia dikatakan boleh meluaskan pandangan kanak-kanak melalui peranan-peranan yang mungkin tidak wujud dalam persekitaran mereka. Televisyen juga memberi berbagai-bagai idea dan aktiviti kepada kanak-kanak. Rancangan kanak-kanak yang disusun baik dapat memperbaiki konsep kendiri dan kemahiran intelektual kanak-kanak. Terdapat dua pemikiran mengenai sama ada televisyen menggalakkan tingkah laku agresif dan langsang. Satu pendapat yang memegang kepada hipotesis catharsis menyokong rancangan-rancangan yang bercorak ganas kerana ia dikatakan dapat melepaskan tindakan desakan agresif individu. Dengan kata lain, televisyen dapat mengurangkan tingkah laku agresif. Pendapat yang kedua pula berpegang kepada hipotesis moden iaitu kanak-kanak akan cuba melakukan apa yang telah dilihat. Banyak eksperimen yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak dan penemuannya menyokong teori yang kedua tadi. Soalnya di sini ialah kenapa ibu bapa merasa televisyen membawa keburukan daripada kebaikan kepada kanak-kanak? Mungkin satu jawapan yang mudah ialah ibu bapa perlu mengawal rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak mereka. Nampaknya terdapat ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka daripada menonton televisyen manakala di pihak yang lain pula terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang rancangan yang diminati oleh anak-anak kerana mereka sendiri gemar menonton rancangan yang bercorak ganas.

Fungsi Sosial Institusi Keluarga

Keluarga merupakan institusi yang paling berperanan bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, penyayang, toleransi, tolong menolong dan sebagainya kerana keluarga akan berkembang menjadi institusi yang lebih besar iaitu masyarakat.

Fungsi keluarga dilihat daripada 2 perspektif – fungsional dan konflik
Fungsional – Perspektif ini melihat institusi keluarga dari segi keperluan sosial yang diberikan dan sumbangan positif kepada masyarakat.

Oleh itu fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat ialah;

1.Kawalan tingkah laku seksual (pengesahan hubungan jantina)
Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya, walaupun cara kawalan tersebut berbeza-beza.
Dalam kebanyakan masyarakat, terdapat hukum agama dan undang-undang yang melarang perhubungan jenis di luar kawalan perkahwinan.
Dalam kajian Murdock (1949) beliau mendapati hanya kurang daripada lima peratus daripada 250 masyarakat yang dikajinya mempunyai sikap liberal terhadap kebebasan seks di luar perkahwinan.
2. Menambahkan zuriat (pembiakan zuriat)
Keluarga juga berfungsi menambahkan bilangan ahli ke dalam masyarakat. Tidak ada masyarakat yang boleh kekal lama sekiranya setiap generasi tidak dapat menambahkan ahli. Keluarga juga menentukan peranan ibu dan bapa dalam pengasuhan anak. Walaupun kanak-kanak boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan seperti ini tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada ahli masyarakat.
3. Agen Sosialisasi
Proses sosialisasi bermula dalam keluarga, Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapat makan minum, perlindungan dan kasih sayang dan mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka.
Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-kebudayaan masyarakat kepada generasi muda seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa masyarakat tersebut.
Memang terdapat agen-agen sosialisasi yang lain seperti rakan sebaya, sekolah dan media massa tetapi keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.
4. Sokongan emosi
Satu lagi fungsi penting bagi keluarga ialah memberi sokongan emosi kepada ahli-ahlinya. Walaupun terdapat manusia yang suka bersendirian, secara keseluruhan manusia ialah insan yang suka berinteraksi.
Manusia bukan sahaja memerlukan persahabatan tetapi juga memerlukan jagaan dan kasih sayang. Memang telah diakui bahawa manusia memerlukan kasih sayang bagi perkembangan normal. Daripada peringkat bayi hingga ke peringkat tua, manusia memerlukan keluarga masing-masing untuk mendapat kemesraan
5. Kawalan sosial
Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan membezakan dengan apa yang salah. Setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial iaitu mekanisme yang menentukan ahli-ahlinya mematuhi peraturan.
Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah masyarakat akan porak poranda. Di mana sahaja di dunia, kanak-kanak mula mempelajari tentang peraturan daripada ibu bapa mereka. Melalui kawalan sosial inilah, keluarga mengekalkan rukun dan damai dalam masyarakat.
6. Jagaan tehadap anak
Orang dewasa mempunyai tanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa memberi tempat perlindungan untuk keselamatan anak-anak kerana ini sudah menjadi tanggungjawab mereka.
Tidak ada institusi lain dalam masyarakat yang melaksanakan kedua-dua fungsi melahirkan anak dan kemudian menjaga mereka dengan sempurna atau setakat yang boleh.
7. Kerjasama ekonomi
Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi. Dalam keluarga tani, setiap orang ahli mempunyai peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di ladang. Pekerjaan tersebut adalah mengikut kriteria jantina dan umur pula. Begitulah juga halnya dengan keluarga peniaga kecil. Setiap ahli dalam keluarga mempunyai peranan utama untuk memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan.
Konflik – perspektif konflik menyatakan perkahwinan dan kewujudan institusi keluarga ini tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada individu atau masyarakat melainkan konflik semata-mata.

Konflik institusi keluarga mengikut ahli teori ialah ;
1. Mengekalkan ketidaksamaan
Wujudnya institusi keluarga menyebabkan penindasan dan mengekalkan ketidaksamaan. Dimana keluarga yang kaya dan berkuasa akan menindas keluarga yang lemah. Keadaan ini akan berterusan.
2. Mewujudkan ketegangan
Di dalam keluarga, perkongsian hidup suami isteri sering diuji pelbagai ujian dan akibatnya wujud ketegangan. Perkahwinan menjadi medan perjuangan suami isteri dan masing-masing ingin mengawal pasangan masing-masing.
3. Mengekalkan status kaum lelaki
Sistem kekeluargaan ini akan mengekalkan lagi kedudukan tinggi kaum lelaki. Kedudukan lelaki lebih tinggi daripada status wanita. Dimana lelaki merupakan ketua keluarga. Di dalam susunan masyarakat perkahwinan adalah diunsurkan untuk memperkukuhkan keadaan berkeluarga.
4.Perceraian
Penceraian mungkin akan berlaku dalam institusi keluarga. Ini disebabkan oleh ketegangan yang berlaku diantara pasangan tersebut. Kesan negatif akan wujud terutamanya terhadap anak-anak. Dimana anak-anak mereka akan terbiar sehingga membawa kepada salah laku jenayah.