Monday, February 13, 2012

JKA 315: ISU-ISU PEMBANDARAN DI NEGARA MEMBANGUN

KEMISKINAN

-satu isu yang subjektif
-sebahagian daripada permasalahan urbanisasi
- wujud sebagai akibat daripada proses migrasi (% golongan miskin di bandar adalah penghijrah)
- Dikaitkan dengan kekurangan pendapatan, kesusahan dan ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan harian

Ahli ekonomi-pendapatan sebagai ukuran bagi garis kemiskinan
Ahli sosiologi-selain drpd pendapatan, unsur lain seperti agihan sosial-sebab dan akibat
Secara umum, kemiskinan:
Syed Husin Ali
- golongan yang mempunyai kelas, status sosial dan kuasa yang paling rendah dalam masyarakat

- dua keperluan hidup manusia moden
a. keperluan asasi (makanan, tempat tinggal dan pakaian)
b. keperluan sosial (pendidikan, perubatan, bekalan api dan air serta kenderaan)

Ishak Shaari (1996)

“satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas yang minimum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas bukan makanan”

Kamal Salih (1983)
Golongan yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan
Golongan yang tidak kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial (kuasa bersuara, politik, pemilikan punca pengeluaran, pendidikan dll)
Golongan yg tidak menikmati keperluan asas (perlindungan, perumahan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan)

Bank Dunia
Kemiskinan sebagai peminggiran dari kesempurnaan hidup. Peminggiran material yang berkaitrapat dengan kekurangan pendapatan dan kekurangan penggunaan (low consumption).
Kemiskinan yang berkaitrapat dengan kemiskinan kemanusiaan yang difaktori oleh tahap kesihatan yg rendah dan pendidikan.

Kemiskinan Mutlak
Keadaan dimana seseorang individu atau sebuah isirumah tidak berupaya mendapatkan keperluan asas untuk menikmati tahap kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah.
Keperluan asas: makanan, pakaian tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan sebagainya
Kemiskinan mutlak kerap dirujuk di Malaysia kerana pendapatan mereka dibandingkan dengan PGK yang perlu untuk mendapatkan keperluan asas yang minum di Malaysia

Kemiskinan Relatif
Merujuk kepada perbezaan taraf hidup, kesejahteraan atau kebajikan isi rumah berbanding dengan isi rumah lain
Kemiskinan relatif akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan walaupun bagi negara-negara maju kecuali terdapat agihan, pendapatan yang egalitarian.
Secara kesimpulannya, kemiskinan mutlak diukur dengan garis kemiskinan manakala kemiskinan relatif diukur dengan membandingkan taraf agihan pendapatan dalam masyarakat keseluruhannya.

perspektif ekonomi

Kemiskinan Bandar
Melibatkan pelbagai dimensi, bukan hanya dari sudut pendapatan atau kewangan

a. kekurangan akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi

b. Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat kerja tetap dan pendapatan tetap

c. Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah

d. Tidak mampu memiliki /membeli rumah

e. Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yg rendah

f. Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/awam yg rendah


Punca golongan miskin
a. Ekonomi
-daya pengeluaran yang rendah (kurang punca pengeluaran seperti tanah, modal dan teknologi)

b. Sosiologi
kemiskinan-daya pengeluaran rendah kerana
-personaliti-dorongan pencapaian yg rendah
-kebudayaan-(sifat negatif yang malas, bergantung kepada nasib, merasa puas, bersyukur pada rezeki, boros dan sebagainya)

akibatnya timbul konsep “kebudayaan kemiskinan”
Kebudayaan kemiskinan mewakili satu cara hidup yang dicirikan oleh kurang partisipasi dan integrasi dengan masyarakat yanglebih besar

c. Ekonomi, sosiologi, sejarah
-struktur masyarakat dan sejarah-ketaksamaan sosioekonomi dalam susunlapis masyarakat (penindasan, kaya semakin kaya)-bukan sahaja punca tetapi juga akibat
-peminggiran golongan miskin melalui pendidikan, perumahan, pemilikan harta, kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan, tidak ada pengetahuan tentang bantuan kerajaan-peminggiran sosial

Faktor kemiskinan bandar
Migrasi
Peningkatan wanita sebagai ketua rumah
Penjajahan koloni
Taraf pendidikan dan tahap kemahiran yang rendah
Saiz isi rumah yang besar
Kekurangan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan yang rendah
Kekurangan akses kepada kemudahan asas

Ciri-ciri golongan miskin
A. Keberterancaman (vulnerability)
B. Pilihan terhad
C. Akses yang terhad
(a) Golongan miskin bandar terpaksa membeli hampir kesemua keperluan makanan dan keperluan asasinya yang lain dan oleh sebab itu amat terdedah dan rapuh dengan impak pembuangan kerja dan penganguran

(b) Hidup dalam komuniti yang sesak serta kekurangan sistem kumbahan yang teratur dan mencukupi mengakibatkan mudah dan cepatnya penyebaran wabak penyakit

(c) Akibat daripada kesempitan hidup, jurang pendapatan yang tinggi, kos tanah dan rumah yang melambung naik ; mereka langsung tidak mampu memiliki rumah sendiri

(d) Pemakanan yg tidak seimbang dan tidak sihat

(e) Kesempitan hidup dan kurangnya peluang telah membuatkan ketidakseragaman susun atur sosial dan penyakit sosial masyarakat

Isu kemiskinan

Wanita dan kemiskinan
-Wanita golongan termiskin. Kenapa?
a.Status ketua keluarga- Kajian banyak menunjukkan bilangan wanita yang menjadi sumber ekonomi keluarga sudah meningkat –pendapatan lebih rendah daripada kaum lelaki
b.Beban peranan yang pelbagai-tenaga dan masa perlu dibahagikan untuk memainkan peranan sebagai penyumbang ekonomi dan kebajikan keluarga-ibu tunggal?

Kurang kemahiran/sumber-Transisi daripada surirumah ke dunia pekerjaan. Cabaran besar di sebabkan kekurangan kemahiran dan sumber produktif yang membolehkan mereka bersaing dengan lelaki mahupun wanita lain
PEMBANDARAN
Satu proses perubahan masyarakat, struktur ekonomi dan fizikal sesuatu kawasan yang asalnya bersifat desa kepada bandar.

Bentuk perubahan
Jumlah penduduk-meningkat

Kegiatan ekonomi-berubah daripada sektor primari kepada tertiari

Kemudahan sosial dan infrastruktur

Faktor yang mempengaruhi proses urbanisasi
Sejarah penjajahan:
-kemasukan buruh asing
-eksploitasi sumber alam

Perkembangan ekonomi moden:
-dasar kerajaan (perindustrian, DEB)

Politik:
-dasar dan perancangan kerajaan ie pembukaan bandar-bandar baru

ISU-ISU PEMBANDARAN
Penghijrahan
Pengganguran dan kemiskinan
Masalah perumahan
Persekitaran fizikal
Masalah sosial
Dan lain-lain (sumber alam)


PENGHIJRAHAN/MIGRASI
Definisi: pergerakan sekumpulan manusia dari satu negara/kawasan ke satu negara/kawasan yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Migrasi
Sukarela atau paksa
Luar bandar ke bandar
Bandar ke bandar
Migrasi dalaman atau antarabangsa
Negara destinasi

TEORI MIGRASI
Teori Push and Pull (Tolak dan Tarik)
•Everett Lee 1966

•Faktor menolak –perkara negatif negara asal penghijrah

•Faktor menarik-perkara positif adalah perkara yang menarik seseorang untuk berhijrah

•Contoh faktor menolak-tiada peluang pekerjaan, tahap penjagaan kesihatan yang rendah, bencana alam, ruang untuk berpolitik, keadaan perumahan, tuan tanah vs penyewa

-faktor menarik termasuk peluang pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, ruang untuk berpolitik, pendidikan, infrastruktur, keselamatan, keluarga

Teori Laws of Migration
•Ernest Ravenstein
•Migrasi dikawal oleh proses menolak dan menarik.
•Asas yang utama dalam migrasi ialah kerana peluang ekonomi yg lebih baik, jumlah migrasi berkurangan mengikut jarak sesuatu tempat, berlaku secara berperingkat, migrasi berbeza (gender, kelas sosial, umur) yg akan mempengaruhi mobiliti seseorang itu.

Teori Bright Light – faktor ekonomi, jaminan masa depan yang cerah

Teori Urban Bias- pembangunan yang bersifat berat sebelah

Model Todaro-berasaskan ekonomi, jurang pendapatan antara LB & B, konsep ‘demand & Supply”

Faktor-faktor yang mempengaruhi Migrasi
Faktor ekonomi
a. peluang pekerjaan
b. kadar upah
c. taraf ekonomi yg rendah di negara sendiri

Faktor Sosiobudaya
a. Hubungan kekeluargaan
b. Persamaan cara hidup
c. Persamaan bahasa
d. Persamaan agama

Faktor Kestabilan Politik
Kemudahan Asas yang Lengkap
Pendidikan

Kesan-kesan Migrasi

Boleh jadi positif dan negatif
Positif (persaingan yang sihat utk mendapat pekerjaan, peluang pekerjaan yang lebih baik, dsbg)
Negatif (pengangguran, masalah perumahan akibat kepadatan penduduk, infrastruktur, eksploitasi ke atas wanita)


PEKERJAAN
—Apakah yang dimaksudkan dengan pekerjaan?

-kerja yang dilakukan yang mempunyai upah atau gaji
-menyumbang kepada ekonomi

INDUSTRIALISASI
—menyediakan pekerjaan kepada masyarakat

—perubahan demografi

—mengubah bentuk hubungan sosial manusia

—mengubah struktur dan institusi sosial yang lain

—mengubah nilai sesuatu masyarakat

Ekonomi Dualiti
—Melibatkan pekerjaan moden dan tradisional

—dua sektor ekonomi yang berasingan dalam satu negara, dibahagikan dengan tahap perkembangan yang berbeza, teknologi, dan pola yang berbeza dari permintaan.

—Pekerjaan moden seperti aktiviti perkhidmatan peralatan kenderaan, membaiki TV atau radio dijalankan dengan cara tradisional

Sektor tidak formal
—- pekerjaan mempunyai daya saing yang tinggi, penggunaan tenaga buruh intensif dan merupakan perniagaan keluarga.
—-mengurangkan risiko dalam perkhidmatan mereka tetapi memaksimakan keuntungan
—-daya produktiviti yang rendah, pertambahan capital kurang, serta tidak menguntungkan dari segi pembangunan ekonomi.
—-Contoh: perkhidmatan tidak moden seperti peruncitan dan perdagangan skalan kecil dan tidak moden

Sektor formal
—meliputi bank, perniagaan dan industri eksport, industri moden, perdagangan dan perkhidmatan dan pemborong.


Perbezaan utama antara sektor formal dan tidak formal

Ciri-ciri teknologi dan organisasi-
-Sektor formal menggunakan teknologi berintensifkan modal, import tiruan dan bertaraf tinggi. Ia bergantung kepada kredit bank

-Sektor tidak formal, teknologi adalah berintensifkan buruh dan biasanya berasaskan tempatan serta bergantung kepada kredit dan tunai juga. Biasanya, tunai yang kecil jumlahnya sudah memadai untuk dijadikan model memulakan aktiviti dalam sektor tidak formal

Konsep dalam pekerjaan
a.Tidak Bekerja-individu yang tidak bekerja tetapi sanggup melakukan kerja dan berusaha mencari kerja

b.Separuh bekerja-Tenaga buruh yang tidak dapat bekerja berdasarkan kebolehan diri mereka atau tahap maksima yang mampu mereka sumbangkan

i. Mengikut perkembangan ekonomi/musim
ii. Bilangan pekerja yang ramai
iii. Separuh bekerja tidak Nampak

c.Bekerja sepenuh masa-pekerjaan yang ada mengikut kelayakan dan pengalaman seseorang individu.

d.“misemployed”-hasilan daripada kerja mereka tidak memberi faedah atau menyumbang


Wanita dan Pekerjaan

—sebahagian daripada tenaga buruh yang diperlukan negara.
—Isu wanita dan pekerjaan:
a. Wanita dan kerja-kerja domestik
b. Pembaziran tenaga mahir.
c. Tiada nilai ekonomi
d. Setereotaip jenis pekerjaan utk wanita
e. Migrasi


Apakah faktor yang menyumbang kepada penglibatan wanita dalam kegiatan pekerjaan berupah?

a.Umur
b.Umur perkahwinan
c.Tahap kesuburan menurun
d.Kos sara hidup
e.Pendidikan

Taburan Tenaga Kerja Wanita
—Bidang yang menjadi tumpuan golongan wanita tertumpu kepada pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual
—Peluang pekerjaan yang lebih baik tetapi bentuk pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita masih berada pada peringkat bawah

—Bekerja untuk menambah pendapatan –majoriti terlibat dalam sektor tidak formal sebagai peniaga kecil atau pembekal makanan.

—Ada yang terlibat dalam pertanian bandar

—Contoh di Hanoi

—Wanita dalam zon perdagangan bebas

-majoriti (70-90%)
-pada peringkat bawahan struktur kerja, bukan pada peringkat membuat keputusan
-Contoh di Indonesia

Transformasi Peranan Gender

(i) keluarga besar kepada keluarga nuklear
-sistem sokongan berubah
-perubahan peranan gender dalam institusi keluarga
-bebanan peranan wanita
(ii) mewujudkan institusi keluarga yang berbeza
(iii) kemunculan institusi sosial yang megambilalih tugas wanita dan menguatkan peranan gender
(iv) struktur formal tempat kerja
-memberi tekanan

Buruh Kanak-kanak

Peratus buruh kanak-kanak yang paling tinggi dikuasai oleh Afrika sementara di Asia pula, negara India merupakan sebuah negara yang paling ramai buruh kanak-kanak iaitu 44 juta menjadikannya negara yang paling ramai buruh kanak-kanak didunia. Sementara di Pakistan, 10 % bilangan pekerjanya adalah berusia di antara 10 hingga 14 tahun. Nigeria pula mempunyai 12 juta buruh kanak-kanak.

- Proses penghijrahan/migrasi
- Masalah persekolahan
- peranan budaya dan sosial yang rigid
- Kemiskinan
- jenis pekerjaan perkhidmatan, perkilangan, pembinaan, perlombongan, kemahiran tertentu seperti menenun
- dieksploitasi sepenuhnya-bekerja lebih drpd 12 jam sehari, 7 kali seminggu.

Teknologi dan automasi



—bergantung kepada keperluan teknologi
—kesan penting kepada perhubungan sosial
—Kelebihan:
a. Mengurangkan jenis2 kerja tertentu terutama kerja berat yang terpaksa ditanggung oleh buruh
b. Masa yang lebih dapat diperolehi untuk keperluan lain dan berehat
c. Lebih banyak peluang kerja untuk mereka yang mengikuti pelajaran dalam bidang teknologi dan kemajuannya dan seterusnya memerlukan kepakaran dan kelayakan yang tinggi
d. Lebih banyak barangan keperluan dan bermutu yang dapat meningkat taraf hidup

e. Memberi kemajuan dan perkembangan dalam industri perkhidmatan, agensi percutian, hiburan dan sukan. Ini berlaku terutamanya bila kurang masa kerja di kilang dan pekerja lebih cenderung untuk mencari jalan dan cara utk berbelanja

Keburukan penggunaan automosi

a.Jurang perbezaan antara golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah menjadi lebih ketara. Cara pengeluaran akan dikawal oleh ahli-ahli teknokrat dan golongan kaya

b. Bilangan pengangguran akan meningkat terutamanya dalam jangka pendek. Ini berlaku dalam kalangan pekerja tidak mahir yang terpaksa berhadapan dengan kelebihan keperluan dan pembahagian kerja.

c. Kekurangan kuasa beli dalam kalangan mereka yang tidak mendapat pekerjaan lain selepas dibuang kerja
—Boleh memberi kesan kepada pergerakan kesatuan sekerja
—Wujudnya masyarakat bandar yang pemalas dan hiburan berbentuk tiruan seperti video-games, computer games dan lain2
—Pengeluaran barangan yang berlebihan yang boleh mewujudkan pembaziran
—Mewujudkan gejala sosial tertentu bila terdapat individu yang tidak mempunyai matlamat hidup dan mereka yang tidak berupaya menyesuaikan dengan teknologi dalam masyarakat bandar

PERUMAHAN
—Kurangnya akses kepada perumahan yang aman dan selamat adalah ciri utama kemiskinan bandar
—Perumahan meliputi bukan sahaja struktur binaan tempat berteduh tetapi jug atapak rumah, kawasan rumah, perkhidmatan infrastruktur dan perkhidmatan asas yang berkaitan dengan rumah.
—Perumahan penting;
a. Individu-tempat tinggal
b. Keluraga dan masyarakat-mencerminkan status sosial dan ekonomi
c. Kerajaan-keadaan perumahan yang dapat memberi gambaran pemerintahan atau kebajikan ahli masyaraat

—Rumah
a. tempat perlindungan-satu daripada keperluan asas; permintaan wujudkerana kitaran hidup berkeluarga
b. Simbol status-ekonomi dan sosial; status sosial yg sama akan tinggal dalam kawasan kediaman yang sama---mengakibatkan segregasi kediaman
c.Komoditi yang bernilai
—-nilai guna kepada penghuni sebagai tempat tinggal
—-nilai harta yg boleh dijual dan disimpan


Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah

-masalah penting d inegara membangun-transisi ekonomi dan masyarakat tradisional ke ekonomi dan masyarakat moden
Di bandar, bentuk perumahan yang didiami oleh golongan berpendapatan rendah sangat aib dan mendukacitakan.
Isu berkaiatan dengan kualiti rumah (pendapatan terhad); pemilikan harta (tidak mampu beli); diambil alih (terpaksa berpindah); mesalah keadaan perumahan tidak selesa (berhampiran tempat kerja, bilik sempit, kurang perkhidmatan infrastruktur)

PERUMAHAN
Isu utama yang mempunyai pertalian rapat dengan isu perumahan adalah masalah setinggan

Konsep Setinggan
Satu prosess menduduki bangunan atau tanah yang bukan milik sendiri secara sah di sisi undang-undang
-petempatan haram
-kawasan tanah rezab, jalan raya, jalan kereta api

Faktor yang menggalakkan
a.Kadar urbanisasi yang pesat dan tidak terkawal
b.Krisis perumahan-perumahan kos rendah kurang
c.Masalah pentadbiran tanah dan ketidakcekapan perancang bandar, kelonggaran, kelalaian, timbulnya rezab sungai, bangunan, jalan –kurang kawalan
d.Pertumbuhan penduduk bandar yang pesat dan berterusan-migrasi-kemiskinan bandar
e.Kadar kelahiran dalam kalangan migran yang tinggi
f.Perkembangan ekonomi-lambakan kemasukan PATI

Ciri-ciri Petempatan setinggan
i)Lokasi- berdekatan dengan zon bandar, dalam zon Bandar
i)Ciri fizikal-susun atur bangunan tidak teratur, tidak tersusun,tidak terancang
ii)Persekitaran fizikal-sesak, kotor, tiada kemudahan asas, tiada sistem perparitan, pembentungan tidak sempurna
iii)Demografi-dihuni saiz keluarga yang besar, jumlah tanggungan ramai, penghijrah (PATI)
iv)Ekonomi-golongan berpendapatan rendah
v)Sosial-masalah sosial dan penyakit (taun, malaria, denggi)