Monday, February 13, 2012

Perbezaan di antara penyelidikan Induktif, deduktif dan Retroduktif.

Perbezaan di antara penyelidikan Induktif, deduktif dan Retroduktif.

Strategi penyelidikan Induktif bermatlamat mewujudkan generalisasi universal untuk digunakan sebagai penjelasan bercorak. Manakala strategi deduktif diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori selebihnya dan strategi retroduktif adalah untuk mencari mekanisme-mekanisme penyebab bagi menerangkan kelaziman yang wujud. Titik permulaan kajian bagi induktif bermula dengan pemerhatian kemudian membuat kesimpulan dan seterusnya menggunakan hukum-hukum sebagai corak-corak dalam menjelaskan pemerhatian selanjutnya. Prosedur ini dijalankan sepertimana dibuat oleh sains tulen.

Deduktif bermula dengan pembinaan teori yang kemudian menyimpulkan hipotesis, hipotesis tersebut akan diuji dengan membandingkan atau disesuaikan dengan data. Strategi retroduktif bermula dengan melihat kelaziman-kelaziman dan kemudian membina model hipotetikal mekanisme mekanisme penyebab. Terdapat persamaan dengan strategi Induktif iaitu melakukan pemerhatian tetapi untuk melihat mekanisme penyebab dan akhirnya menemukan mekanisme yang mampu melihat realiti sosial dengan jelas.

Strategi deduktif mempunyai persamaan dengan strategi induktif melalui penerimaan beberapa aspek ontolgi Positivisme yang mendukung strategi induktif. Strategi deduktif menerima andaian tentang ketersusunan alam dan pemerhatian boleh digunakan untuk menyokong atau menyangkal teori.

Strategi Penyelidikan Induktif.


Pemerhatian adalah tunggak pentingnya kerana berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam reality sosial. Ia adalah perspektif penyelidikan yang menwajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif, serta analisis data yang cermat dan betul bagi menhasilkan penemuan saintifik. Selain itu kerja-kerja sains bertujuan menerangkan reality dalam bentuk corak dengan pengumpulan fakta yang dilakukan secara saintifik melalui pemerhatian. Induktif tulen menekan bahawa sains bermula dengan pemerhatian. Pemerhati harus mempunyai deria-deria rasa yang normal dan tidak lemah dan membina atau memeriksa suatu kebenaran tanpa menggunakan perasaan. Strategi induktif bermula dengan pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum. (Kutip, kaji dan kesimpulan)

Induksi adalah logik falsafah Positivisme. Ia juga adalah satu pandangan sains yang telah diutarakan oleh Francis Bacon(1889) dan John Stuart Mill (1947). Bacon berpandangan bahawa sains adalah bersadarkan pemerhatian tanpa prasangka. Penyelidik harus mampu mangabaikan segala sikap prejudis apabila melakukan kajian saintifik manakala Mill berpendapat tujuan sain adalah untuk menghasilkan prisip-prinsip atau hukum-hukum umum. Beliau memperkenalkan suatu uji kaji untuk mengenalpasti punca atau sebab serta kesan-kesan dalam sesuatu penyelidik.


Andaian Ontologikal.
Pandangan bahawa dunia adalah teratur dan tersusun. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian berasingan yang boleh diperhatikan. Order atau ketersusunan alam ini dapat mewakili dan dibahasakan dalam pernyataan-pernyataan universal, atau lebih tepat melalui generalisasi perhubungan abtara konsep. Punca-punca tingkahlaku manusia dianggap wujud di luar individu itu sendiri. Terdapat enam andaian ontologi iaitu Ketersusunan, Keberasinga Kejadian, Generalisasi atau pernyataan universal, Primasi pemerhatian, Hubungan sebab-akibat dan Eksternaliti.

Andaian Epistemologikal.
Ilmu dianggap terhasil melalui penggunaan deria manusia dan melalui uikaji atau analisis bandingan dapatan yang dikutip melalui pengumpulan. Sekiranya sesuatu maklumat itu tidak boleh diperhatikan, ia tidak wajar menjadi objek penyelidikan sains. Oleh kerana andaian epistemologikal hanya deria deria boleh menghasilkan pemerhatian atau data. Penyataan berdasarkan pemerhatian objektif akan menjadi penyataan teoritikal yentang corak-corak dalam realiti. Justeru, tanpa penerhatian, robohlah apa jua kesimpulan. Empat andaian epistemologikal ialah kepentingan deria, Konsep dan generalisasi, Objektif dan keserupaan gambaran.

Tiga Prinsip Dan Empat Peringkat Strategi Penyelidikan Induktif.

Tiga prinsip iaitu pengumpulan, induksi dan pengesahan contoh. Tiga prinsip ini diterapkan ke dalam empat peringkat pelaksanaan strategi penyelidikan induktif.

i. Peringkat Pertama
Semua fakta diperhati, dikutip dan dicatat tanpa memilih atau menduga kepentingan relatifnya. Prinsip pengumpulan bermula di peringkat ini. Penyelidik mesti menggunakan kaedah yang objektif dalam usaha mengutip data.

ii. Peringkat kedua
Semua fakta ini dianalisis, dibanding dan diklasifikasikan tanpa menggunkan hipotesis.

iii. Peringkat Ketiga
Daripada analisis data, kesimpulan umum dilajirkan secara induktif, mengaitkan mereka dengan fakta-fakta tersebut. Di sinilah induksi diaplikasikan. Induksi bermaksud menggunakan fakta yang khusus untuk merumus sesuatu kesimpulan yang umum. Logik induktif digunakan untuk menghasilkan kesimpulan umum tentang corak kelaziman yang wujud. Semakin banyak contoh tentang kelaziman sesuatu kejadian yang diperhatikan, semakin tinggi keyakinan bahawa kesimpulan tersebut mencerminkan keseragaman dalam realtu sosial.

iv. Peringkat Keempat
Kesinambungan kesahihan kesimpulan umum tertakluk kepada ujian selanjutnya. Semakin banyak contoh yang menyokong dan mengesahkan kesimpulan yang terbina, semakin tinggilah tahap kesahihan dan keutuhan kesimpulan tersebut.


1. Strategi penyelidikan induktif
-induktif merupakan proses penyelesaian dari hal khusus ke umum. Induktif adalah bermula dengan kajian data iaitu maklumat
dikumpulkan,
-Bacon berpandangan sains adalah berdasarkan pemerhatian tanpa prasangka. manakala Mill berpendapattujuan sains adalah untuk menghasilkan prinsip-prinsip atau hukum-hukum umum
-andaian-andaian ontologikal strategi penyelidikan induktif termasuklah pandangan bahawa dunia adalah teratur dan tersusun. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian berasingan yang boleh diperhatikan.

Strategi penyelidikan induktif menekankan keadaan reality sosial di mana setiap ilmu yang dihasilkan adalah melalui pengumpulan data, analisis data dan pembentukan kesimpulan umum. Pemerhatian merupakan asas dalam menerangkan fakta dalam reality sosial. Dalam strategi penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tunggak utama. Ia berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Strategi penyelidikan ini merupakan perspektif penyelidikan yang mewajibkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti dan objektif, serta analisis data yang betul bagi menghasilkan penemuan saintifik.

proses ringkas

pengumpulan data--> analisis data--->perbentukan kesimpulan umum.

2.StrategiPenyelidi kan Deduktif.

-Strategi deduktif diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori yang
selebihnya. prosedur strategi deduktif ialah teori, hipotesis, ujian hipotesis dengan data dan yang terakhir ialah sangkal atau sokong.
Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan data. Data tidak hanya diperhatikan, sebaliknya disesuaikan teori awal yang dibina.
-Strategi deduktif menyokong falasafah kritikal rasionalisme. Pelopor bagi strategi ini ialah Karl Popper (1930- an). Pendekatan ini
bersifat kritikal tetapi tetap rasional. ia tidak taksub dengan teori-teori yang sedia ada, tetapi rasional dengan komitmen terhadap rukun-rukun logik

3. Strategi penyelidikan Retroduktif
-Strategi penyelidikan retroduktif diperkenalkan bertujuan untuk menerokai elemen dan proses yang terselindung disebalik fenomena yang diperhatikan untuk menemui mekanisma penyebab fenomena tersebut atau penjelasan hakikat yang menghasilkannya. ia juga mengandaikan suatu bentuk reality sama ada realiti tersebut boleh diperhatikan atau tidak
-terdapat beberapa prosedur penting iaitu: mengenalpasti kelaziman-kelaziman, membina model hepotetilkal mekanisme penyebab, menjalankan ujikaji atau pemerhatian, membaiki mekanisme penyebab seterusnya memerhati atau menguji semula sehingga kesepadanan
tercapai.

Terdapat 3 lapisan:
- medan empirical - terdapat kejadian-kejadian atau peristiwa- peristiwa yang dialami melalui pemerhatian
- medan kejadian - mengandungi kejadian-kejadian sama ada diperhatikan atau tidak
-medan hakiki @ sebenar - mengandungi proses-proses yang menghasilkan kejadian-kejadian.
fokus utama

Penyelidikan memberi tumpuan kepada konsep yang menjadikan mekanisme
pemyebab bagi sesuatu kejadian.

KULIAH 2

Falsafah atau philosophy muncul darupada 2 rangkai kata iaitu philo (Cinta) dan Sophy (Ilmu), falsafah atau (Philo + Sophy) iaitu cinta
kepada ilmu. Hal ini menunjukkan bahawa falsafah itu sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa ianya merangkumi perkara-perkara yang menjadi kajian khususnya ilmu pengetahuan. Perkara-perkara yang menjadi fokus kajian dalam ilmu pengetahuan adalah sifat ilmu itu sendiri yang menjadikannya menjadi objek kajian yang khusus. Jika kita analisis objek kajian tentang ilmu, maka kita akan mendapat gambaran dan perihal tentang ilmu. Ilmu bukan sahaja merangkumi ilmu pengetahuan malah ianya mempunyai skop yang luas. Hal ini adalah kerana sebagaimana yang kita tahu bahawa ilmu itu merangkumi disiplin yang tidak berpenghujung di mana ianya akan terus hidup dan berterusan.

Maksudnya di sini adalah kita mempelajari ilmu itu secara langsung dan secara tidak langsung iaitu secara berterusan dan tidak akan berpenghujung selagi kita hidup. Selain itu, kita kena berpegang kepada teori ini iaitu "apa yang kita lakukan dan apa-apa sahaja perkara yang kita buat seharian selagi kita hidup maka ianya merupakan ilmu". Maka dengan ini, kita akan sentiasa mempelajari sesuatu dalam kehidupan kita seharian iaitu ilmu yang baru. Oleh yang demikian, itulah kuasa yang ada pada ilmu dan anda pasti mendengar kata-kata hikmat ini iaitu "ilmu itu pelita hidup". Maka dengan ini, falsafah sains sosial menjadikan "ilmu penyelidikan sains sosial " sebagai "objek kajian".

Epistemologikal adalah merujuk kepada idea atau perkara yang boleh dikira sebagai ilmu dan kriteria merupakan kriteri ilmu yang mesti dipenuhi untuk dinamakan ilmu dan bukannya hanya kepercayaan. Andaian epistemologikal adalah menjurus kepada cara-cara kita untuk menghasilkan ilmu atau cara-cara sesuatu strategi penyelidikan mengetahui perkara yang ingin diketahui.
Di dalam epistemologikal ilmu dianggap terhasil melalui penggunaan deria manusia dan melalui ujikaji atau analisis bandingan. Daripada deria manusia yang digunakan tersebut seperti pemarhatian akan menghasilakan data. Data yang bercorak objektif juga dapat dihasilkan melalui prosuder pemerhatian objektif. Andaian epistemological terdiri daripada 4 konsep:
• kepentingan deria
• konsep dan generalisasi
• objektiviti
• keserupaan gambaran

ANDAIAN ONTOLOGIKAL DAN EPISTEMOLOGIKAL

Terdapat 5 strategi penyelidikan yang berdasarkan falsafah yang
berkenaan.

STRATEGI PENYELIDIKAN FALSAFAH
Induktif Positivisme
Deduktif Kritikal Rasionalisme
Retroduktif Saintifik Realisme
Abduktif Interpretivisme
Islam Falsafah Islam

Terdapat 2 andaian iaitu ontologikal dan epistemologikal.

Ontologikal merupakan idea-idea tentang sifat kenyataan social (social reality). Bagi ontologikal entiti-entiti, komponen-komponen atau sifat-sifat yang dianggap wujud oleh sesuatu teori atau strategi.

Epistemologi merupakan perkara-perkara yang boleh dikira sebagai ilmu, perkara yang boleh diketahui dan kriteria ilmu yang mesti dipenuhi untuk dinamakan ilmu dan bukan kepercayaan.Ia mempunyai cara-cara menghasilkan sesuatu ilmu,atau dalam konteks falsafah penyelidikan, cara-cara strategi penyelidikan mengetahui perkara yang ia ingin ketahui.

KULIAH 3

STRATEGI PENYELIDIKAN INDUKTIF

Dalam strategik penyelidikan induktif, pemerhatian adalah tunggak penting. Bagi induktif tulen, sains adalah bermula dengan pemerhatian. Ia bermula dengan pengumpulan data, seterusnya analisis data dan akhirnya kesimpulan umum (generalisasi). Dengan mengikuti langkah-langkah tersebut, ia dapat menghasilkan suatu hukum atau prinsip.

Francis Bacon dan John Stuart Mill adalah pengasas bagi strategik penyelidikan ini. Bacon berpendapat sains adalah berdasarkan pemerhatian tanpa prasangka. Penyelidik perlu mengabaikan sikap prejudis apabila melakukan kajian saintifik.
Mill pula berpandangan bahawa tujuan sains adalah untuk menghasilkan prinsip-prinsip atau hukum-hukum umum. Beliau memperkenal suatu kaedah ujikaji untuk mengenalpasti punca atau sebab serta kesan-kesan dalam suatu penyelidikan.

Ia mempunyai enam andaian ontologi, iaitu ketersusunan, keberasingan kejadian, generalisasi, primasi pemerhatian, hubungan sebab-akibat, eksternaliti.

Bagi andaian epistemologi ia mempunyai empat komponen iaitu kepentingan deria, konsep dan generalisasi, objektiviti, keserupaan gambaran.

FALSAFAH POSITIVISME

1. Mendukung strategi induktif, bersifat mutlak, pengetahuan.
2. Idea : Ilmu objektif hanya blh diperolehi melalui pemerhatian2 & pengutipan data.
3. Menghasilkan ilmu melalui : pengalaman langsung dgn alam sebenar, bukan dari
kepercayaan agama, kepercayaan metafizikal/spekulasi/pemikiran abstrak.

6 Pendekatan Positivisme kpd Sains Tulen (Hacking)
1. Verifikasi
a. Kebenaran atau kepalsuan pernyataan2 dunia blh disahkan dgn membuat ramalan ttg keadaan yg blh diperhatikan.

2. Pro-pemerhatian
a. Apa yg blh dilihat, dirasa, disentuh sbg asas bg penemuan ilmu bkn matematik (bkn sains tulen).

3. Anti Penyebab
a. Tiada sebab dlm alam semulajadi, hanya kejadian2 bersama atau perhubungan konstan.
b. Positivisme utk mengandaikan perhubungan kausal.


4. Pengabaian Penjelasan
a. Penjelasa 1 gambaran / deskripsi saja.
b. Penjelasan meletakkan 1 kejadian dlm had atau skop kelaziman
yg lbh luas.

5. Anti Entiti Teoritis
a. Entiti teoritis yg tdk blh diperhatikan tdk blh dianggap sbg
penyebab krn realiti ialah sst yg blh diperhatikan & blh disahkan.
b. Entiti spt kuasa & ketegangan tdk diterima.
6. Anti Metafizik
a. Pembangunan ilmu harus berdasarkan pemerhatian & data empirikal.
b. Usul yg tdk blh diuji, entiti yg tdk blh diperhatikan mesti dielak.
c. Sebab & penjelasan yg mendlm yg datang drpd konsep metafizikal mesti dielak.

3 Varieti Utama Positivisme (Outhwaik)
Varieti 1: Alternatif kpd teologikal & metafizikal

1. Comte: Ilmu saintifik berasaskan kpd hukum2 kausal yg berpunca drpd pemerhatian.
2. Semua pengetahuan sains disatukan & dihubungkaitkan dlm tahap yg berlainan.
astronomi fizik, kimia  biologi  sosiologi

Varieti 2 : Logikal Positivisme
1. Konsep atau proposisi yg tdk dpt disahkan oleh pengalaman dianggap tdk mempunyai makna.

Varieti 3 : Pandangan lazim
1. Semua sains termasuk sains sosial menekan kpd penjelasan dlm btk hukum2 universal @ kesimpulan umum.
2. Hukum2 adlh dlm btk korelasi statistik @ kelaziman2 hukum umum dlm sains sosial.

KULIAH 4

STRATEGI PENYELIDIKAN DEDUKTIF

Tujuan strategi penyelidikan deduktif adalah menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori yang selebihnya. Pengasas strategi penyelidikan deduktif ialah Karl Popper. Beliau menyebarkan falsafah sains yang dikenali sebagai Kritikal Rasionalisme. Ia merupakan alternatif kepada Positivisme.

Strategi penyelidikan ini bermula dengan mengkaji kelaziman-kelaziman atau keseragaman-keseragaman yang memerlukan penjelasan, seterusnya ialah teori sementara digarap dalam bentuk hujah tertentu. Dari teori sementara ini, hipotesis-hipotesis disimpul dan seterusnya diuji dengan membandingkan hipotesis-hipotesis tersebut dengan data yang dikumpul.

Strategi penyelidikan deduktif yang berdasarkan falsafah Kritikal Rasionalisme bersamaan dengan andaian ontologikal Positivisme.

Sungguhpun demikian, ia menolak andaian epistemologikal Positivisme.
Penggunaan deria ditolak kerana tidak selamat untuk dijadikan asas teori-teori saintifik. Terdapat enam langkah dalam deduktif ini.
terdapat enam langkah penyelidikan deduktif:
1)idea sementara
2)penjanaan satu/atau beberapa kesimpulan
3)menilai
4)jika berpuas hati maka pemeriksaan terhadap kesimpulan dilakukan dengan mengumpul data yang sesuai.
5)jika ujian gagal ditolak
6)jika sepadan dengan kesimpulan, dianggap lulus dan teori disokong.

Bukan sahaja itu, terdapat juga enam kritikan terhadap deduktif ini.

Melalui kaedah ini, data sentiasa dikutip berasaskan suatu pandangan dan jangkaan tertentu. Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan data itu. Data tidak hanya boleh diperhatikan secara langsung, sebaliknya perlu disesuaikan dengan teori awal yang dibina. Ia bermula dengan mengkaji kelaziman atau keseragaman (hasil daripada pemerhatian) yang memerlukan penjelasan, kemudian suatu teori sementara digarap dalam bentuk hujah tertentu. Dari teori sementara ini, hipotesis-hipotesis di simpul dan seterusnya diujikan dengan membandingkan hipotesis-hipotesis tersebut dengan data yang dikumpul.

Popper berpendapat bahawa peranan pemerhatian dan pengutipan data ini melibatkan logik yang berlainan. Beliau menganjurkan supaya tujuan sains bukan sahaja untuk menemui keseragamantertentu dalam alam ini bahkan juga untuk menyangkal teori sementara yang dicadangkan. Dengan cara sebegini, ilmu dapat dimajukan. Atas sebab inilah, tujuan sains bukannya untuk mencari bukti-bukti yang menyokong sesuatu kesimpulan atau teori sepertimana yang dianjurkan kaedah strategi induktif yang dinamakan Justifikasisme. Selain itu, Popper juga percaya akan kesedaran tentang struktur bahasa, gambaran komunikasi, symbol dan bantahan yang dibuat oleh manusia adalah untuk individu. Dengan itu, peningkatan kesedaran bahasa boleh menjurus kepada peningkatan kesedaran manusia. Justeru itu, bahasa dan olahan bahasa juga perlu diberi perhatian oleh ilmuan sains.

FALSAFAH KRITIKAL RASIONALISME

Falsafah Kritikal Rasionalisme juga dirujuk sebagai Pasca-Positivisme. Ia adalah untuk menjangkau kelemahan Positivisme, khususnya dari segi epistemologi. Antara pengasas pasca Positivisme utama ialah William Whewell.

Beliau menolak pendapat induktif John Stuart Mill bahawa ilmu sains terdiri daripada kesimpulan umum atau generalisasi yang lahirnya daripada beberapa pemerhatian. Whell menyarankan bahawa tugas utama penyelidik sains adalah untuk mencari konsepsi yang menggabungkan pelbagai fakta,gabungan konsepsi ini dinamakan koligasi.

Whell tidak menawarkan sebarang panduan untuk menghasilkan konsepsi ini dan tidak membincangkan sama ada proses penghasilannya boleh diajar. Ia memerlukan bakat inventif, iaitu daya imaginasi penciptaan dan kreativiti penyelidik yang melibatkan pembikinan tekaan-tekaan dan pemilihan tekaan yang terbaik.

Karl Popper menyatakan enam pernyataan:
• alam semula jadi dan alam sosial mengandungi keseragaman-keseragaman tertentu yang boleh diperhatikan.
• tujuan sains ialah untuk mewujudkan kesimpulan-kesimpulan yang terhasil daripada teori dan yang sepadan dengan keseragaman-keseragaman dalam alam semulajadi dan sosial.
• ketidakmungkinan bagi para penyelidik untuk menghasilkan kesimpulan-kesimpulan atau teori-teori yang benar.
• sains dan para ilmuan menolak teori-teori palsu dan ini akan

KULIAH 5

STRATEGI PENYELIDIKAN RETRODUKTIF

Strategi penyelidikan retroduktif dikatakan strategi penyelidikan yang lebih berani kerana strategi ini boleh membuat pernyataan yang lebih kukuh dalam kesimpulan yang dibuat. Strategi penyelidikan retroduktif didukung oleh falsafah saintifik Realisme. Stategi penyelidikan ini diasaskan oleh dua orang pelapor iaitu Bhaskar, pelapor yang mengembangkan lembaran pemikiran strukturalis, manakala Harre pula ialah konstruksinis. Realiti sosial strategi penyelidikan ini berlainan dengan Induktif dan juga Deduktif.

Terdapat 3 lapisan yang wujud dalam andaian-andaian otologikal retroduktif ini iaitu:
• medan empirikal
• medan kejadian(actual domain)
• medan hakiki.

Medan empirikal mengandungi kejadian-kejadian atau fenomena yang boleh diperhatikan. Medan kejadian pula mengandungi kelaziman-kelaziman yang boleh diperhatikan dan kelaziman-kelaziman yang tidak boleh diperhatikan. Manakala medan Hakiki (real domain) mengandungi mekanisma-mekanisma kelaziman kejadian yang berlaku dalam medan satu dan dua. Retroduktif menyatakan tidak semua yang wujud di dunia ini boleh dilihat denngan mata kasar contohnya kuasa magnet, kuasa veto seseorang dan pemikiran. Walaupun kedua-duanya wujud, namun ia tidak dapat dilihat. Hanya ada mekanisma penyebab dalam medan kejadian.
Contohnya penarikan magnet dengan klip kertas, manifestasinya atau penzahirannya dapat dilihat dalam medan empirikal dan wujud dalam medan kejadian.

FALSAFAH REFLEKSI REALISME

Realiti wujud sama ada ianya boleh diperhatikan atau tidak. Ia menolak positivisme. Untuk membolehkan sains sosial menjadi saintifik, ia mesti menerima prinsip saintifik. Realisme menerima kedudukan interpretif tentang perbezaan antara fenomena semulajadi dan fenomena sosial. Ia tidak menekankan logik identiti kaedah.
Menganjurkan pemilihan atau kombinasi kaedah yang bersesuaian dan seaksi dengan subjek sains sosial yang dikaji asalkan kaedah ini bersandarkan prinsip realis. Realisme mementingkan persoalan apakah yang wujud dan bagaimana saintifik ini bertindak dan berfungsi.
Realiti tetap wujud dan ianya bebas dari aktiviti kajian sains. Bukan semua entiti dan mekanisme penyebab boleh diperhatikan.

KULIAH 6

PERBEZAAN STRATEGI PENYELIDIKAN INDUKTIF, DEDUKTIF DAN RETRODUKTIF
DARI SEGI ASPEK:-

1. TUJUAN
• Induksi- Mewujudkan generalisasi universal yang boleh digunakan sebagai penjelasan bercorak
• Deduktif- Menguji teori-teori bagi menguji teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori selebihnya
• Retroduktif- Meneroka elemen dan proses terselindung di sebalk fenomena yang diperhatikan untuk menemui mekanisme penyebab fenomena tersebut atau penjelasan hakikat yang menjelaskannya

2. PROSEDUR
• Induksi- data >> analisis >> generalisasi >> hukum
• Deduktif- teori >> hipotesis >> ujian hipotesis dengan data
>> sangkal/sokong
• Retroduktif- mengenalpasti kelaziman >> membina model hipotetikal mekanisme penyebab >> menjalankan ujikaji atau pemerhatian >> membaiki mekanisme penyebab >> memerhati atau menguji semula sehinga kesepadanan tercapai

3. SOKONGAN FALSAFAH
• Induksi- Positivisme
• Deduktif- Kritikal rasionalisme
• Retroduktif- Saintifik realisme


4. PELOPOR
• Induksi- Francis Bacon & John Stuart Mill
• Deduktif- Carl Popper
• Retroduktif- Harre' & Bhaskar

Selain itu, terdapat juga perbezaan lain antara ketiga-tiga strategi penyelidikan tersebut dari segi andaian ontologikal, andaian epistemologi dan kelemahan strategi penyelidikan masing-masing.